Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online - Penipu Sepanjang Zaman

Post Top Ad

Wednesday, 31 January 2018

demo-image

Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online

728x90+2
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan satu laman sesawang khas buat pembeli – pembeli online untuk menyemak sama ada penjual tersebut adalah potensi penipu atau pun tidak.

Cara-Mudah-Semak-Nombor-Akaun-Penipu-Online-1024x428%255B1%255D


Maklumlah sekarang ni ramai pembeli online yang tertipu dengan penjual – penjual yang tak bertanggungjawab dan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan pembeli. Kebanyakan pembeli yang sering ditipu adalah mereka yang baru menjinakkan diri dalam pembelian secara talian.

Mereka tiada pengalaman dan tidak tahu yang mana penjual yang betul atau penjual yang menipu, yang pasti mereka mudah tertarik dengan tawaran – tawaran yang tidak masuk akal sebagai contoh IPHONE 6+ yang harga asalnya mencecah RM3000.00 dijual dengan harga yang murah kurang daripada RM1000.00. Kalau anda sendiri yang kali pertama tidak pernah jumpa tawaran sedemikian sudah pasti anda akan rasa tertarik kerana memang murah dan produk yang berkualiti tetapi hakikatnya adalah dusta belaka.

Sehubungan itu, untuk mengelak daripada terkena tipu anda dinasihatkan untuk menggunakan laman sesawang berikut: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ masuk je nombor akaun bank penjual tersebut dan pasti akan keluar jika penjual itu pernah menipu orang lain dan telah dibuat report polis. Laman sesawang ini adalah official daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sekiranya nama si penjual tiada dalam laman sesawang ini tetapi anda rasa ragu ragu sama ada penjual tersebut betul atau tidak saya sarankan anda cuba tips berikut:
  • Lihat Profile facebook sama ada guna gambar betul atau fake
  • Lihat testimoni daripada pelanggan – pelanggan yang lain
  • Lihat Laman sesawang sama ada lengkap menyakinkan atau tidak
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.facebook.com
  • Cuba search nombor akaun bank penjual di www.google.com
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.google.com
  • Cuba compare harga barang yang dijual dengan laman facebook atau web lain
  • Cuba buat COD bagi barang – barang yang berharga melebihi RM 1000.00
  • Tanyalah kawan – kawan yang lain mungkin mereka pernah membeli atau mengetahui berkenaan penjual tersebut
Jika anda masih terkena tipu setelah anda buat research tersebut saya sarankan anda buat laporan polis untuk dimasukkan senarai nombor akaun tersebut ke dalam laman sesawang polis http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ . Almaklumlah penipu online ni pun kadang – kadang bijak jugak mungkin mereka menggunakan nombor akaun bank orang lain sebagai contoh akaun bank isteri, adik beradik dan sebagainya atau mungkin itu adalah penjual yang baru nak belajar menipu online. Sekiranya anda tidak membuat laporan polis mungkin orang lain akan turut terkena tipu sebaiknya biarlah anda rugi dan asbab anda orang lain terselamat.

Marilah ramai – ramai kongsikan laman sesawang ini untuk memberi kesedaran kepada semua pembeli – pembeli online untuk mengelak meraka semua terkena tipu. Ramai orang yang kurang duit dan kurang ilmunya dalam pembelian online apatalah lagi jika terkena tipu lagilah kesian.

Jom share perkongsian daripada saya ini semoga semua mendapat manfaat. Sekian Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad