Perhatian kepada semua seller bisnes online serta semua dealer yang jual topup secara online. Tolong ambil tahun setiap transaksi tunai yang masuk ke dalam akaun anda!!
📌Ini Satu Tips Untuk Korang Amalkan
Dekat Recipient Receipt tu korang wajib arahkan pelanggan korang letak ayat macam ni sebelum diorang membuat bayaran. Contoh :
- Kalau korang nama "Ana",
- Bisnes korang "Menjual Baju",
- Korang pakai nombor fon 0199090909
..................................................
Kalau korang jual topup
- Nama korang Ali
- No fon korang 0133030303
Langkah ini sangat terbaik untuk digunakan. Sebab jika pelanggan korang bukan scammer, dia pasti tidak kisah dan menuruti arahan korang untuk letak nota macam tu di resit bayaran.
Tetapi jika pelanggan korang tu seorang scammer, dia pasti takut untuk letak nota macam tu seperti yang korang minta. Kerana secara tidak langsung, mangsa mereka akan mengetahui dan menghidu modus operandi penipuan mereka. Jika mangsa mereka seorang yang ambil cakna dan mengesyaki terdapat unsur-unsur penipuan, mangsa terbabit pasti akan cuba menghubungi nombor telefon korang tu.
AMARAN : Jika anda menerima resit dan di resit tersebut tidak ada nota seperti yang korang arahkan, jangan serah apa-apa barangan atau topup kepada pelanggan terbabit. Korang haruslah membuat laporan polis.
Kemudian, anda haruslah membuat semakan di bank statement anda dan menghubungi pihak bank serta meminta pertolongan pihak bank. Ceritakan masalah yang korang hadapi kepada pegawai bank dan meminta pegawai itu untuk menhubungi pemilik akaun tersebut bagi mengesahkan sama ada pemilik akaun itu adalah pelanggan yang sama berurusan dengan korang atau sebenarnya orang lain yang juga menjadi mangsa penipuan.
Selepas pihak bank telah memberikan jawapan kepada korang dan mengesahkan bahawa pelanggan tersebut benar-benar pelanggan yang sama ketika berurusan dengan korang, teruskan urusan tersebut sama ada penghantaran barang atau topup. Tetapi, sekiranya pelanggan yang berurusan dengan korang bukan pemilik akaun itum korang haruslah memulangkan semula duit tersebut kepada pemilik akaun yang berkenaan.
Dah banyak terjadi kes mcm ni. Ramai Seller & Dealer yang tak ambik cakna sumber duit hasil jualan yang masuk dalam akaun bank diorang. Semasa membuat sesuatu urusan perniagaan, pastikan setiap duit yang masuk dalam akaun korang tu adalah duit dari pemilik akaun yang sebenar bukan duit dari pemilik akaun yang telah ditipu pihak ketiga. PDRM dan media berulang kali dah buat pendedahan dan beri nasihat agar ambil tahu setiap transaksi duit yang keluar masuk dalam akaun kita sama ada duit tersebut hasil daripada bisnes kita, duit dari kawan-kawan kita, atau duit dari pihak ketiga.
MODUS OPERANDI MEREKA
Langkah pertama modus operandi scammer.
- Mereka akan meneliti dahulu sistem bisnes korang, apa yang korang jual, bagaimana korang handle cara pembayaran/penghantaran /pengeposan.
- Mereka akan cuba bertanya pelbagai soalan tentang perniagaan korang, apa yang korang jual dan cuba buat tawar menawar. Seterusnya mereka akan cakap yang mereka nak beli barang / top up dengan korang dan mereka akan meminta nombor akaun dengan korang kononnya nak buat bayaran.
TETAPI, JAGA - JAGA.
Pihak tersebut akan menjadikan akaun anda sebagai tempat mereka mencuci duit hasil kegiatan penipuan mereka. Contoh : Scammer ini nak beli baju dengan korang, selepas proses tawar menawar dan korang sudah memberikan jumlah harga barang tersebut contoh RM 100. Selepas itu, mereka akan meminta nombor akaun korang. Setelah berhasil mendapatkan maklumat akaun perbankan korang, mereka akan membuat dahulu satu iklan jualan baju murah seperti "beli 1 percuma 5" dengan harga yang sama dengan apa yang anda jual (RM 100) atau harga yang mungkin lebih tinggi contoh RM 200. Selepas mereka berjaya mendapatkan seorang mangsa, mereka akan memberikan butiran maklumat nombor akaun perbankan korang tu dan mereka akan mengarahkan mangsa tersebut membuat satu transaksi bayaran berjumlah RM 200 ke dalam akaun korang. Mangsa yang tidak sedar ditipu telah membuat transaksi tersebut. Kemudian, setelah resit transaksi diberikan oleh mangsa kepada scammer itu, scammer tersebut akan memberikan kepada anda, jika scammer tersebut menipu mangsa berjumlah RM100, hanya resit sahaja yang akan diberikan kepada korang tanpa alasan-alasan lain. Akan tetapi, jika mereka menipu mangsa sebanyak RM 200 dan scammer tersebut akan menyatakan bahawa dia tersilap membuat transaksi dan meminta anda memulangkan semula baki RM 100 itu. Korang pun membuat semakan dalam akaun dan mendapati duit bayaran tersebut benar-benar masuk ke dalam akaun dan keesokkan hari korang pun pergi pos barang. Selepas beberapa minggu, pihak polis datang ke rumah korang dan menyatakan bahawa korang ditahan kerana terlibat dalam jenayah penipuan. Masa ni, bermulalah "Road show" ke semua Balai di setiap negeri yang mempunyai laporan berdasarkan aduan dari mangsa-mangsa yang telah membuat laporan terhadap nombor akaun korang dalam jenayah penipuan.
JANGAN CUMA KEJAR UNTUNG SEMATA-MATA.
Ramai dealer-dealer top up hanya sedar apabila akaun bank mereka telah disekat oleh pihak bank negara. Kebanyakkan scammer menjadikan dealer topup sebagai keldai akaun mereka bagi mencuci duit haram. Kebanyakannya mereka membeli top up untuk membayar bil utility, reload TnG, pin mol point @ pin G-cash untuk main game dan mereka juga membeli reload digi atau hotlink untuk bermain judi online. Resit pin topup tersebut akan diserahkan kepada syarikat judi.
Kepada dealer-dealer top up, berhati-hatilah kerana duit yang korang terima itu sebenarnya kemungkinan dari sumber haram atau dari hasil penipuan.
Korang boleh rujuk gambar dibawah.
No comments:
Post a Comment