Sabtu baru ni 13.08.22 seorang lelaki ni katanya nama Jamaludin tiba-tiba datang rumah mak ayah. Kononnya untuk urusan pemasangan pencawang celcom….
Tiada sebarang perjanjian dibuat… Jamaludin tu ada bagi contact number kononnya akan datang berbincang lebih lanjut…
Tiba-tiba pagi ni (semalam Isnin 15.08.22) dalam pukul 10 lebih, Jamaludin tu datang terus ajak ayah keluar kononnya untuk urusan bayaran sewa pemasangan pencawang… sedangkan tiada apa perjanjian dibuat pun…
Jamaludin bersama 2 rakan lelakinya… contact number Jamaludin tidak dapat dihubungi & polis telah check number tu didaftarkan atas nama orang lain… ayah saya juga tidak dapat dihubungi…
Alhamdulillah tindakan pantas adik saya sempat ke beberapa cawangan CIMB sebab tak tahu ayah saya dibawa ke CIMB yang mana satu… pihak bank membantu monitor segala transaksi akaun ayah…
Selepas cubaan pengeluaran duit dari akaun ayah tidak berjaya dilakukan di CIMB… Ayah diturunkan di jambatan Cathay, Melaka... kemudian Jamaludin tu naikkan ayah teksi... Jamaludin tu tak mahu hantar ke rumah semula, katanya die ada kerja lain…
Syukur alhamdulillah, ayah saya selamat ... dah balik ke rumah…Jutaan terima kasih kepada semua rakan Salam Ukhwah serta semua yg mendoakan keselamatan ayah sayaðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜.
Ayah ok, cuma agak terkejut…& ayah sebenarnye tak berapa sedar apa yang jadi…mak pun sama.. mak kata sekejap sangat kejadian.. mereka mungkin dipukau.
Sesungguhnya hanya Allah saje yang dapat membalasnya. Semoga tuan2 dan puan2 serta keluarga sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT ... aamiin ya Rabb🤲
Sumber : FB SB Trainer Shah Bina
Berita Harian : Anak selamatkan wang dalam akaun bapa RM30,000
No comments:
Post a Comment