Peranan Netizen Dalam Menangani Jenayah Siber - Penipu Sepanjang Zaman

Post Top Ad

Klik untuk Promosi Bulanan

Thursday 1 December 2022

Peranan Netizen Dalam Menangani Jenayah Siber

Internet telah mengubah masyarakat kita daripada dunia yang dahulunya terpisah dari sempadan dan geografi kepada sebuah perkampungan global. Internet yang juga instrument utama dalam komunikasi kini diguna pakai sebagai urusan harian yang begitu memudahkan. 

Keghairahan masyarakat menggunakan media sosial sebagai keperluan hidup menjadikan segelintir daripadanya menyalahgunakan medium ini untuk menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penipuan, buli siber, menyebarkan bahan berunsur lucah, menyebar berita tidak benar atau palsu sekaligus boleh mengganggu gugat kestabilan negara seperti ucapan berunsur kebencian dan sensitif terhadap 3R iaitu race (kaum), religion (agama), dan royalty (institusi beraja). 

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), sebanyak 51,631 kes penipuan dalam talian dilaporkan di Malaysia dari 2019 hingga 2021 melibatkan kerugian lebih RM1.61 bilion. Penghubung paling lemah dalam rantaian keselamatan siber adalah individu itu sendiri. Ya, kelemahan dan kecuaian yang berpunca dari diri kita sendiri. 

Netizen perlu memainkan peranan untuk menghindari jenayah penipuan siber ini. Pelbagai jenis platform dan portal yang boleh digunakan untuk menyemak data yang diragui. Jangan mudah panik dengan ugutan sehingga bertindak diluar kawalan.  Pertahanan terbaik adalah kesedaran diri kita sendiri. 

‘Ambil tahu’ dengan mengikuti kupasan menyeluruh mengenai tajuk Peranan Netizen Dalam Menangani Jenayah Siber di https://www.mais.gov.my/2022/11/30/peranan-netizen-dalam-menangani-janayah-siber/


P/S: Bersama sebarkan artikel ini agar lebih ramai mendapat manfaat.

#MAIS #menjunjungamanah  #artikeldakwah

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Kena Scam