Usah Tertipu Dengan Pinjaman Tidak Wujud - Penipu Sepanjang Zaman

Post Top Ad

Klik untuk Promosi Bulanan

Thursday 13 April 2023

Usah Tertipu Dengan Pinjaman Tidak Wujud

 Usah Tertipu Dengan Pinjaman Tidak Wujud | Modus operandi mereka :

  • Sindiket menawarkan pinjaman melalui media sosial seperti FB, IG, Telegram, WhatsApp dll
  • Mangsa berminat & meninggalkan maklumat peribadi di borang yang disediakan di media sosial
  • Mangsa kemudian dihubungi sindiket & dikehendaki mengemukakan dokumen berkaitan
  • Permohonan diluluskan & mangsa dikenakan bayaran dalam beberapa transaksi ke akaun keldai bank seperti :
    • Wang proses / wang pendahuluan
    • Duti setem / insurans / bayaran guaman
    • Lain-lain
  • Mangsa sedar ditipu
  • Mangsa ingin batalkan pinjaman namun diminta buat bayaran pembatalan
  • Sindiket menghilangkan diri & gagal dihubungi
  • Mangsa buat laporan polis
Apa Peranan Anda?
  1. Berhati-hati dengan pinjaman senang lulus melalui internet & syarikat pinjaman tidak sah
  2. Pastikan pinjaman dibuat dari agensi kewangan berlesen seperti
    1. Bank
    2. Syarikat pinjaman wang berlesen
  3. Buat semakan syarikat pinjaman dengan pihak SSM & KPKT tentang kewujudan syarikat itu
  4. Jangan buat sebarang pendahuluan bayaran caj perkhidmatan kepada syarikat pinjaman
  5. Jangan dedah maklumat perbankan kepada mana-mana pihak
  6. Semua urusan pinjaman perlu dilakukan di pejabat pemberi pinjam wang & dipaparkan lesen


No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Kena Scam