Jenis Penipuan Scammer! Hati-Hati Anda Mungkin Mangsa Seterusnya!! - Penipu Sepanjang Zaman

Post Top Ad

Klik untuk Promosi Bulanan

Monday 15 January 2024

Jenis Penipuan Scammer! Hati-Hati Anda Mungkin Mangsa Seterusnya!!


Pernah tak korang terfikit macam mana lah orang boleh senang-senang jer kena tipu dengan scammer, takkan lah tak boleh detect? Itulah, kita cakap senang jer kan, tapi percayalah geng-geng scammer ni memang bijak kalau nak pergunakan orang! Kita sendiri pun susah nak sedar yang kita ditipu.

Kalau korang nak tahu, taktik yang dorang gunakan tu pergh memang mantap bro. Even geng-geng orang kaya, jutawan-jutawan, orang-orang pencen kerajaan pun pernah jadi mangsa tau.

Oleh itu, korang perlu berwaspada dan sentiasa ambil tahu jenis-jenis scammer yang bakal kitorang dedahkan ni. Setidaknya ada juga langkah-langkah untuk korang berjaga-jaga. Berkemungkinan besar korang boleh jadi mangsa seterusnya. Fuh, harap tak lah, risau pula.

Kegiatan penipuan ataupun 'scam' sama ada secara dalam talian (online) ataupun luar talian (offline) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) atau agensi-agensi berkenaan; tertakluk kepada bentuk-bentuk penipuan yang dijalankan. 

Jenis-jenis Scammer

1. Scam Cinta

Scammer ini agak popular juga di negara kita. Wanita terutamanya selalu menjadi mangsa. Diorang ni aktif di media sosial seperti Facebook dan juga Instagram. Pandai tau diorang ni, ada yang menggunakan gambar profile menampakkan muka yang agak berpotensi untuk wanita mula jatuh cinta (kacaklah kiranya ala-ala oppa korea :-P ).

Tetapi bila mula chat, memang keluar habis ayat 'google translate' diorang tu. Kelakar pun ada. Tapi jangan tak tahu, ramai yang 'termakan' dengan ayat diorang ni tau. Kalau diorang ni jumpa mangsa yang tepat, memang habislah! Nak pula kalau terjumpa wanita yang kesepian, kesunyian... dan terdesak mencari cinta. 

Taktik diorang ni, pada mulanya mencuri hati. Lepas curi hati korang, diorang mulalah curi duit korang pula. Mereka kemudian akan memperdaya korang dengan kata-kata manis mereka dan berharap korang akan jatuh cinta dengan mereka. Kemudian, untuk menunjukkan cinta mereka kepada korang, scammer ini akan cakap diorang nak hantar hadiah mahal kepada korang. Fuh, bukan main yer. 

Tapi awas! Hadiah yang diorang nak hantar tu tadi kononnya tersekat di kastam.. di lapangan terbang. Jadi, diorang akan meminta korang pindahkan sejumlah wang untuk korang mendapatkan hadiah tersebut. Kalau korang nak tahu, ada juga sesetengah scammer yang mewujudkan dokumen palsu lagi bagi memperdaya mangsa untuk mempercayai scammer ini. Hebat kan permainan diorang?

Jangan sesekali kongsikan maklumat peribadi korang dengan orang yang tidak dikenali seperti nama penuh, alamat tempat tinggal ataupun tarikh lahir korang. okay? Ini antara kes yang membuatkan seorang wanita kehilangan RM500,000!

Korang beringatlah bahawa jangan memindahkan wang kepada orang yang korang tidak kenali atau tidak pernah berjumpa dengannya. Jangan dedahkan nombor akaun bank korang, nombor kad kredit/debit korang. Kalau korang berasa ada sesuatu yang tidak betul atau mencurigakan, lebih baik laporkan kepada pihak berkuasa. 

2. Macau Scam

Sebut jer Macau Scam ni ramai yang tahu kerana ramai mangsa yang terkena. Selalunya dalam kes Macau Scam, ia bermula dengan panggilan telefon. Scammer akan menyamar sebagai pegawai dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau lain-lain agensi berkaitan contohnya pengutip hutang. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) antara pihak yang memperhebatkan usaha memerangi sindiket penipuan melalui pengenalan halangan teknikal (technical barriers) yang berhasil menghalang hampir 1.6billion panggilan. 

Walau bagaimanapun, jangan sesekali korang dedahkan sebarang maklumat peribadi korang kepada mana-mana individu yang tidak dikenali iaitu nombor kad pengenalan, nombor akaun bank atau nombor kad kredit yer. 

3. Scam Kerja Part Time

Korang selalu tak dapat mesej dengan ayat seperti ini? “Kerja Mudah Dari Rumah!” “RMXXX-RMXXX Seminggu”. Haa, kalau korang nak tahu ini antara scammer skim kerja dari rumah yang menjanjikan pendapatan yang besar untuk kerja yang mudah.

Ramai yang terjebak kerana sekarang ni memang ramai yang cari kerja part time untuk mendapatkan ‘side income’. Bayangkan korang mendapat pekerjaan tetapi sebenarnya ia hanyalah satu taktik penipuan, pasti korang kecewa kan? Jangan mudah tertipu dengan taktik scammer ini yer!

4. Scam Pinjaman Online

Bila duit gaji dah mula surut, mula lah nak cari duit lebih. Dengar pula ada pinjaman tanpa kadar faedah 0% atau kelulusan pinjaman yang dijamin, mula lah mata tu bersinar-sinar.

Kalau dah mula rasa terdesak, scammer ini pun dah dapat hidu dah ‘bau’ korang . Diorang akan mula mencari mangsa. Mereka akan menyamar sebagai salah seorang daripada institusi kewangan atau platform pinjaman kewangan peribadi.

Selalunya mangsa scam pinjaman online ini daripada korang yang mempunyai rekod CCRIS atau CTOS yang tidak baik dan yang terdesak memerlukan wang tunai. Korang jangan tertipu okay!

5. Scam Parcel

Pelik tak kalau tiba-tiba ada orang call dan memberitahu bahawa ada parcel untuk korang sedangkan korang tak beli apa-apa barangan pun? Haa, scam macam ni wujud yer. Mereka akan membuat panggilan, e-mel atau SMS korang kononnya abang-abang yang menghantar barang ni tidak dapat menghantar barangan ke rumah korang.

Scammer ini kemudiannya akan meminta maklumat peribadi korang seperti info mengenai kad kredit/debit untuk meneruskan penghantaran. Jika melalui e-mel, mereka dapat memuat turun ‘malware’ ke dalam komputer korang sekiranya korang klik link yang mereka berikan.

Natijahnya, scammer ini berjaya mengakses maklumat peribadi korang serta kata laluan dan memberikan mereka peluang untuk menggodam akaun perbankan Internet korang. Bahaya betul! Jadi sentiasalah berhati-hati.

Siasatan dan Penguatkuasaan

Walaupun banyak lagi jenis scammer yang ada di negara kita, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak hanya berdiam diri.

Dalam menangani kes-kes penipuan dalam talian ini, pihak MCMC menjalin kerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti pihak PDRM, KPDNHEP, dan BNM meliputi aspek bantuan teknikal berhubung siasatan, pembekalan maklumat, analisis forensik digital, serta pelaksanaan tindakan sekatan berdasarkan permohonan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

Awas! Semua orang boleh menjadi mangsa penipuan. Penipuan scammer ini mensasarkan orang dari semua latar belakang, umur dan juga tahap pendapatan. Tidak ada satu kumpulan atau individu khusus pun yang boleh menjadi mangsa penipuan kerana kita semua terdedah kepada penipuan. Jadi, korang kena berhati-hati yer. Sekiranya ada keraguan berkenaan dengan scammer korang boleh terus menghubungi pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Kena Scam